TEORI MEMBACA

Teori membaca

Terdapat beberapa teori membaca yang dapat memudahkan para pembaca lebih memahami dalam proses membaca. Terdapat beberapa teori membaca yang boleh digunakan sebagai panduan pembaca. Antaranya ialah;

a)      Bottom-up
Dalam teori ini, proses membaca dimulai dengan memproses abjad, suku kata, perkataan, ayat secara berurutan sehinggalah pembaca mendapat makna teks. Teori ini sangat berguna untuk bacaan peringkat awal.
  1. Pengalaman sedia ada
  2. Objektif membaca
  3. Pemahaman terhadap teks
  4. Perenggan
  5. Ayat
  6. Perkataan
  7. Suku kata

b)      Top-down
Model Top-down atau atas ke bawah pula merujuk kepada teknik atau kaedah bacaan yang dihasilkan bersandarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pembaca sambil mengetahui tujuan ia membaca dan pada akhirnya, pembaca mencapai kefahaman terhadap bahan.

  1. Objektif membaca
  2. Pemahaman terhadap teks
  3. Perenggan
  4. Ayat
  5. Perkataan
  6. Suku kata
  7. Abjad

c)      Teori skema
Mahzan Arshad (2003), skema ialah struktur yang mengandungi konsep umum yang terkandung dalam minda seseorang. Struktur ini mempunyai pelbagai kategori pengetahuan iaitu objek, konsep, maklumat, dan idea. Konsep skema telah wujud sejak tahun 1781 apabila Kant (1963) menegaskan setiap maklumat, konsep baru dan idea baru hanya bermakna pada seseorang apabila individu tersebut menghubungkaitkan maklumat yang diperolehnya dengan pengetahuan sedia ada padanya (Subadrah Nair, 2006). Teori ini menjelaskan ini terbentuk dan berhubungan antara satu sama lain ketika seseorang pembaca membina pemahaman ketika membaca. Skema dibentuk dan diperkaya menerusi pengalaman. Jika pembaca mempunyai pengalaman yang banyak berkaitan tajuk bahan yang dibacanya, maka skemanya akan banyak membantu pembaca untuk memproses maklumat yang terkandung dalam bahan pembacaan tersebut, dan sebaliknya. Namun, sekiranya maklumat yang terdapat dalam bahan mencukupi dan jelas, pembaca akan membina skema yang baru dalam mindanya apabila membaca bahan tersebut.

Post a Comment