MASALAH MEMBACA
Masalah Membaca
Menurut
Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi
Membaca Berkesan, menjelaskan bahawa, membaca adalah proses yang banyak dilalui
oleh pelajar semasa mereka menuntut di institusi pengajian tinggi. Namun begitu
terdapatnya kesukaran dalam proses membaca terutamanya yang melibatkan usaha
untuk memahami teks dan mesej yang penulis cuba sampaikan dalam sesuatu teks
tersebut. Kemampuan memahami dan keupayaan membaca ini boleh terganggu juga
berkait rapat dengan pengalaman seseorang, latar belakang bahan yang dibaca,
bahasa yang sukar difahami jenis dan kepanjangan suatu petikan itu berdasarkan
penyatan Carrell ( 1992 ) ( dalam Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang
bertajuk Proses dan Strategi Membaca Berkesan ). Antara masalah yang dihadapi
pembaca untuk membaca suatu teks menurut Kid dan Grene ( 2002 ) ( dalam Yahya
Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi Membaca
Berkesan ) iaitu berkenaan dengan kesedaran fonemik, analisis perkataan,
kelancaran, perbendaharaan kata, dan pemahaman.
Membaca secara pasif menjadi salah
satu penyebab kepada berlakunya masalah membaca. Hal ini kerana, pembaca tidak
mengutamakan pembinaan makna, dan strategi membaca. Campbell dan Malicky ( 2002
) ( dalam Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan
Strategi Membaca Berkesan ) menyatakan bahawa, terdapat beberapa startegi
berbeza oleh pembaca dlam merentasi beberapa tahap kelancaran membaca. Umumnya,
wujud juga perbezaan dari segi penggunaan startegi mebaca dalam kalangan pembaca
dewasa. Beberapa kajian sebelum ini seperti kajian oleh Presley et. al ( 1995 ) menunjukkan bahawa
pelajar kolej tidak mempunyai startegi terancang dalm membaca teks dan
memahamkannya. Pelajar gagal mencari maklumat dalam teks dan tidak memanta sama
ada mengetahui idea utama dalam petikan dan tidak data menghuraikan fakta yang
terdapat di dalam teks.
Begitu juga dengan peri pentingnya
pengetahuan lalu, ketika membaca sesuatu teks. Pengetahuan lalu membantu dalam
mempercepatkan proses pemahaman sesuatu teks. Jika pembaca tidak mempunyai
pengetahuan lalu tentang sesuatu teks, maka perkara ini akan menyukarkan
pemahaman mereka berkenaan teks yang sedang mereka telaah. Kurang pengetahuan
ini dikaitkan dengan kurangnya pendedahan ilmu dan pengetahuan umum tentang
banyak perkara.
Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam
bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi Membaca Berkesan menjelaskan bahawa
penumpuan terhadap teks yang dibaca, tidak membantu pembaca untuk memahami
keseluruhan isi teks. Namun, pembaca perlu mengintegrasikan maklumat yang
diperoleh selaras dengan tugasan membaca yang diberikan oleh mereka. Pembaca
memerlukan proses yang seimbang dalam meningkatkan pengetahuan mereka dalam
membaca. Kesukaran membina makna sebenarnya akan menyukarkan lagi proses membaca.
Slate dan Horstman ( 2002 ) ( dalam
Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi
Membaca Berkesan menyatakan bahawa, sikap tidak ambil berat pembaca juga
menjadi punca kepada timbulnya masalah dalam membaca. Jelas mereka, aspek
afektif dalam proses membaca, memberikan impak yang besar dalam penguasaan
membaca. Kemudiannya kesedaran metakognitif juga amatlah penting. Hal ini
kerana kesedaran metakognitif ini sebenarnya mempengaruhi kebolehan membaca.
Wujudnya keperluan terhadap kesedaran metakognitif bagi meningkatkan kebolehan
memahami teks dengan lebih berkesan dalam penyataan Mokhtari dan Sheorey ( 2002
) ( dalam Yahya Othman ( 2008 : 12 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan
Strategi Membaca Berkesan ).
FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA
Membaca
merupakan satu amalan yang mulia dalam memperoleh pengalaman dan maklumat.
Membaca juga merupakan satu proses yang perlu dilakukan oleh semula golongan
tanpa mengira peringkat umur, darjat dan pangkat. Terdapat kata hikmah yang
merujuk kepada kelebihan membaca iaitu membaca jambatan ilmu. Kata hikmah ini
menjelaskan bahawa dengan membaca, seseorang akan memperoleh pelbagai ilmu dan
pengetahuan sebagai panduan dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang bertulis atau tercetak pada
buku, papan tanda atau sebagainya secara lisan dengan kuat. Harris dan Sipay
(1980), mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna
tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981),
mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami dan
mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989)
merumuskan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat
diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu
kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca.
Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat dirumuskan bahawa proses memperoleh
maklumat melalui gabungan beberapa proses kompleks iaitu proses sensori,
pengamatan, linguistik dan kognitif.
Setiap proses ini memainkan peranan
penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara setiap proses
kompleks tersebut, proses membaca tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain
matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan tercapai.
Kegagalan penyaluran maklumat sewaktu proses membaca adalah disebabkan
berlakunya kegagalan salah satu proses kompleks sama ada proses sensori, proses
pengamatan, proses linguistik dan proses kognitif. Secara amnya, tidak ada satu
faktor pun yang boleh dikatakan faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh
membaca atau tidak. Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor-faktor yang
mempengaruhi kebolehan membaca seseorang adalah pelbagai dan saling berkaitan
antara satu sama lain. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi
masalah membaca seseorang perlu dikenalpasti dan diteliti lebih mendalam bagi
mencari kaedah bersesuaian dalam mengatasi masalah yang berlaku. Kaedah,
teknik, bahan, alatan dan pendekatan sesuai perlu dipilih bagi membolehkan
masalah membaca diatasi. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca
terbahagi dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor Dalaman yang mempengaruhi
masalah membaca berpunca dari dalam diri pembaca (murid) itu sendiri. Dalam
faktor dalaman ini, pembaca mengalaman masalah dari aspek kognitif atau
inteleknya sendiri. Selain itu, masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar
yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah membaca itu
sendiri ialah aspek psikologi.
Sebagai intinya, masalah ini dipengaruhi oleh pelajar
dan bukannya dipengaruhi oleh masalah luaran. Walaupun faktor dalaman dan
luaran adalah berbeza namun iannya saling berkaitan dan memberi kesan antara
satu sama lain. Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang
mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek intelektual adalah
seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada. Aspek
kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang
mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk
memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah
tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan
perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai
tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan
sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978), pertalian yang
rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan
pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah.
Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana
kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan
canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang
rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran
yang dipelajarinya.
Pengetahuan sedia ada yang terbatas
juga merupakan salah satu faktor dalaman pembaca (pelajar) yang mengalami
masalah membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan
seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi
di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya
seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat
membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara
tidak langsung. Sememangnya pengaruh persekitaran berkait rapat dengan
pengalaman sedia ada seseorang pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca
dengan lancar dan kemudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala
terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup disuasana budaya membaca
namun, kefahaman dan kemudahfahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah.
Hal ini sememangnya tidak dinafikan, walaupun suasana persekitaran pelajar mengalakkan
membaca tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah
untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca.
Kebolehberbahasaan merupakan salah satu perkara yang besar mendorong ke arah
masalah membaca. Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam
tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan
bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca
untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang
dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu
struktur ayat yang dibaca. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang pembaca
itu bertutur dalam dealek kenegerian, nescaya pembaca tersebut mengalami kesukaran
untuk menyampaikan maklumat yang dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut
hanya memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya
menyampaikan perkara yang dibaca kepada orang lain.
Menurut Marohaini Yusoff (1999),
Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek
psikologi adalah seperti minat, motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang
dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam
diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang amat besar
bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca
sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang
pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat
diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca. Menurut Sylvia
Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan
memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh
pelajar sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya. Pada kebiasaanya,
pelajar akan tertarik sesuatu bahan bacaan yang menarik minatnya. Sekiranya
sesuatu bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka, maka mereka akan terus
membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu dianggap susah
berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap
persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajat supaya pelajar lebih minat
untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi. Guru perlu mencari suatu
kaedah bagaimana menunjukkan kepentingan membaca dengan menjadikan membaca
sebagai suatu amalan hidup.
Program Buku Nilam perlu kerap
dianjurkan dan pengisisannya perlu menarik minat pelajar. Bagi pelajar yang
mempunyai masalah membaca dan tahap kebolehan membaca adalah tahap paling
rendah. Program Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) perlu dilaksanakan
bagi mengatasi masalah pelajar yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis. Setiap kelas dan rumah perlu mempunyai bahan bacaan
seperti majalah kanak-kanak supaya minat terhadap pembacaan disemai sejak dari
kecil lagi. Keadaan perasaan murid tentang diri mereka juga mempengatuhi
pencapaian kebolehan membaca. Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep
diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang
mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif,
biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri.
Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak
dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai
contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif
dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa Inggeris.
Pelajar yang mempunyai konsep
kendiri yang positif akan mampu membaca dan memahaminya walaupun terpaksa
membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep
kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat
maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut.
Secara umumnya, masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza
dengan faktor luaran namun ianya saling berkai dan memberi kesan terhadap satu
sama lain. Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan
berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat
dan diketahui menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan
dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri.
Faktor- faktor yang dinyatakan ini sangat
mempengaruhi pembacaan seseorang terutamanya faktor fizikal yang jelas
menghalang seseorang membaca dan memahami pembacaan dengan baik seperti yang
sepatutnya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau
sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan
faktor yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat
dilihat dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku.
Faktor fizikal yang berkaitan dengan
masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran. Kebolehan melihat
merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca
memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak
untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang
tidak mungkin dapat membaca dengan baik. Menurut Marohaini Yusoff (1999),
proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau
lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat
menegaskan perhubungan yang nyata antara daya penglihatan dengan kebolehan
membaca, namun banyak masalah ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah
sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi
terhadap huruf dan perkataan. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap
keberkesanan membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam
perkataan dalam bacaan. Disebabkan masalahnya, seseorang itu tidak dapat
mengetahui apa yang dibacanya dengan tepat, seterusnya mengagalkan proses
pemahaman bacaan yang seharusnya berlaku sewaktu proses pembacaan. Selain
masalah penglihatan yang dialami, masalah pendengaran merupakan salah satu
faktor fizikal yang menyumbang kepada masalah membaca.
Pendengaran mempengaruhi
keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan antara bacaan lisan dengan
tulisan. Pembaca akan membaca dengan menyebut perkataan yang tercatat dan
mentafsirkannya sebagai maklumat. Seseorang yang mempunyai masalah pendengaran
tidak dapat membentuk bunyi yang betul melalui tulisan yang dibacanya. Hal ini
membuatkan maklumat yang betul sukar disampaikan. Bagaimanapun, adakalanya
maklumat dapat disampaikan dengan tepat sekiranya penulisan tersebut berbentuk
ringan. Berdasarkan Roe, Stoodt dan Burns (1978), ujian saringan pendengaran
boleh dilakukan oleh guru jika murid menunjukkan tanda-tanda seperti meminta
satu penerangan diulang-ulang, ucapan dan penyebutan tidak jelas, mulut
bergerak seolah mengajuk percakapan ketika mendengar, kepala menyenget ketika mendengar,
lemah mengeja, sangat kurang perhatian, sering menguatkan suara ketika membaca,
sering demam, serta telinga berair atau bernanah. Contoh mudah berkenaan
masalah pendengaran ialah orang pekak. Orang pekak mengalami masalah dalam
berbahasa disebabkan tidak pernah mendengar dan menghasilkan bunyi bahasa yang
betul. Oleh itu, orang pekak tidak dapat memahami bahasa yang disampaikan oleh
orang normal sepenuhnya walaupun ia berbentuk tulisan. Penulisan yang abstrak
atau menggunakan bahasa yang tinggi lebih menyukarkan pemahaman orang pekak
terhadap apa yang ingin disampaikan melalui penulisan itu.
Masalah membaca turut dipengaruhi
oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan
melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran
sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses
membaca berjaya atau gagal. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat
beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah
sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan
sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid
akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang
mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara
mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman
sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.
Pearson dan Johnson (1978)
mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi bilik darjah mempengaruhi
bacaan dan kefahaman. Kegiatan guru dan rakan-rakan lain mempengaruhi
pencapaian membaca murid. Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan
membaca, manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat untu terus
membaca. Secara ringkasnya, guru dan rakan sebaya bertindak secara tidak
langsung sebagai perangsang untuk seseorang murid membaca. Rangsangan yang baik
membolehkan murid membaca dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan
memberikan hasil yang negatif juga. Marohaini Yusoff (1999) menegaskan,
keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh bahan bacaan
tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek.
Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan
bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan,
serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca. Bagaimana seseorang
boleh tertarik untuk membaca atau meneruskan pembacaan seandainya bahan bacaan
tersebut tidak mempunyai daya tarikan terhadap pembaca? Contoh masalah yang
berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan
ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk
memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca.
Aspek-aspek yang dinyatakan
memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah
difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang
yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan
pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan,
matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik. Kefahaman tentang konsep
membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan.
Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu
diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh
dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang
kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat
dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan
seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.
RUJUKAN
Awang
Sariyan (2004) Teras Pendidikan Bahasa Melayu – Asas Pegangan Guru. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Henry
Guntur Tarigan (1994) Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung:
Angkasa Bandung
Mahzan
Arshad (2007) Pendidikan Literasi Bahasa Melayu – Satu Pendekatan Bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Noresah
Baharom (1997). Strategi Pengajaran
Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Ke-3: Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Slideshare
( 2014 ) Masalah Dalam dan Luaran Membaca diperoleh pada Februari 28, 2014
daripada http://www.slideshare.net/jjx6486/masalah-dalam-dan-luaran-membaca
Yahya Othman ( 2008 ). Proses dan Strategi Membaca Berkesan.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Post a Comment