KEMAHIRAN MEMBACA
Belajar Membaca
Semua
perkara yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya adalah bermula daripada
belajar. Hal ini jelas terbukti kerana pada peringkat awal perkembangan manusia
iaitu ketika bayi lagi, kita telah diasuh, dilatih dan dididik dalam pelbagai
perkara termasuklah tingkah laku dan bercakap. Membaca juga memerlukan latihan
untuk menjadikan seseorang itu mahir dan mengenal huruf. Jadi, setiap manusia
perlu belajar membaca supaya dirinya pandai membaca. Biasanya kita akan diajar
membaca semasa awal kanak-kanak lagi kerana pada peringkat inilah minda dan
diri kita mudah untuk dibentuk. Namun di sini ingin ditegaskan bahawa tidak
semestinya orang yang sudah pandai membaca tidak perlu belajar membaca lagi
kerana untuk menjadi mahir dalam membaca, seseorang tu perlu belajar.
Kemahiran membaca dapat membantu kita memperoleh kemahiran berbahasa yang lebih bermakna. Perkara pertama dalam menguasai kemahiran membaca ialah untuk mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca. Ini bermakna pada peringkat awal membaca, kita akan mengecam perkataanyang terdapat dalam sesuatu bahan dan menyebut perkataan tersebut serta cuba untuk memahami perkataan tersebut berdasarkan pengetahuan yang telah ada dalam minda kita. Bunyi pembacaan iaitu perkataan yang diucapkan ketika membaca juga salah satu langkah yang dapat menjadikan kita mudah untuk memahami sesuatu makna. Hal ini demikian kerana hubungan antara membaca dan mendengar sememangnya ada perkaitan yang rapat. Pembaca yang berkemahiran tidak menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna. Hanya pembaca yang agak lemah akan cuba menggunakan kod fonologi untuk meneka makna perkataan, sekurang-kurangnya mereka menggerakkan bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca. Bagi pembaca yang mahir mereka akan hanya menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna perkataan yang agak sukar dan membantu mereka dalam ingatan jangka pendek.
Mahzan Arshad (2003), menyatakan sesuatu bahan dapat dibaca oleh pelajar dengan pelbagai kaedah berdasarkan kemampuan mereka dan tahap penguasaan kemahiran mereka serta sejauh manakah kompleksnya bahan yang dibaca. Berikut merupakan lima kaedah membaca yang telah dibincangkan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran membaca;
1) Membaca bebas
– pelajar membaca dengan sendiri tanpa bantuan,
2) Membaca berkoperatif
– pelajar membaca dengan pasangan sama ada secara lantang atau senyap.
3) Membaca dengan bantuan
guru – guru membimbing pelajar membaca
beberapa bahagian teks dengan bertanya soalan dan membuat telahan.
4) Membaca secara
berkongsi – guru membaca lantang dan pelajar
meneliti teks. Pelajar mengikut guru membaca apabila mereka telah bersedia
membaca.
5) Membaca lantang
– guru membaca teks. Pelajar hanya mendengar dan tidak mempunyai teks.
Post a Comment