PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Pemilihan Bahan Bacaan
Berdasarkan
Din Senu ( 2013 ) melalui blognya yang bertajuk Bahasa Melayu OUM, yang
diperoleh pada April 24, 2014 daripada
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-membaca.html
menjelaskan bahawa guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran
membaca yang boleh menarik minat. Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu
semasa wajar diberi keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada
pelajar untuk menguasai pembacaan seterusnya. Tanpa pengetahuan sedia ada,
pelajar akan gagal menguasai kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi
dengan baik.
Bahan
berupa grafik, gambar berwarna, bentuk huruf daan latar belakang teks atau
bahan bacaan perlu diambil kira. Hal ini kerana, pelajar akan menjadi minat,
tertarik, mudah memaham dengan bahan yang mereka sukai. Contohnya ilustrasi
kartun dalam teks boleh menjanakan atau mencapahkan idea pelajar.
Pemilihan bahan bacaan adalah salah
satu aspek penting dalam membaca. Bahan bacaan haruslah bersesuaian dengan
peringkat umur pembaca. Selain itu penggunaan istilah, dan kosa kata yang
bersesuaian dengan aras teks juga penting. Hal ini bagi memastikan bahawa
penerimaan terhadap maklumat teks itu dapat dicerap sebaik mungkin oleh
pembaca. Aras bahasa yang tinggi menandakan bahawa, sesebuah teks itu adalah
ditujukan kepada pembaca daripada golongan remaja hingga dewasa. Manakala,
kanak – kanak juga perlulah membaca bahan bacaan yang bersesuaian dengan aras
mereka.
Bahan bacaan terbahagi kepada dua
jenis iaitu bahan fiksyen dan bukan fiksyen. Bahan fiksyen diklasifikasikan
sebagai bahan bacaan pada waktu senggang dan dikelompokkan dalam bahan bacaan
ringan. Seterusnya adalah bahan bacaan bukan fiksyen iaitu bahan bacaan ilmiah
yang mengandungi fakta, dan maklumat penting serta laras bahasanya yang agak
tinggi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ) menjelaskan bahawa fiksyen
bermaksud, karya sastera yang dicipta daripada imaginasi novel, cerita pendek
dan cerita yang diada – adakan.
Jenis-jenis bahan Bacaan :
1. Bahan Bacaan Mekanis (Bersuara)
Berdasarkan
Bahan Bacaan Mekanis ( 2013 ) yang diperoleh pada April 25, 2014 daripada https://www.google.com/search?q=bahan+bacaan+mekanis&oq=bahan+bacaan+mekanis&aqs=chrome..69i57j69i59l2j69i60l3.3252j0j7&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8. Bacaan mekanis ialah bacaan kuat yang mementingkan
sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri
daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran
Din
Senu ( 2013 ) melalui blognya yang bertajuk Bahasa Melayu OUM, yang diperoleh
pada April 24, 2014 daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-
menjelaskan bahawa, membaca bersuara ini juga memilik beberapa nama lain
seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Namun
begitu, perbezaan nama tidak menunjukkan perbezaan makna kepada pembacaan
mekanis ini. Membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang
disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan
perasaan seseorang pengarang.
Individu
yang memiliki kemampuan membaca secara mekanis ini mampu memaknakan isi
tersirat bahan bacaan yang sedang dibaca oleh mereka. Selalunya, kecepatan mata
yang tinggi serta pandangan mata jarak jauh amatlah diperlukan dalam jenis
pembacaan ini. Pengelompokkan kata – kata dengan baik serta satuan makna
penyampaian yang jelas sangat diperlukan. Membaca mekanis merupakan satu
ketrampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap
aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih
tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan (pronunciation) daripada pemahaman.
Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan
serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Bagi
pembacaan secara mekanis ini, pembaca haruslah menguasai keterampilan menggangap
atau persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan dirinya
mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama
pentingnya adalah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan
fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Bacaan bersuara ialah bacaan
mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan
intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan
alat-alat pertuturan.
2. Bahan Bacaan Mentalis (Senyap)
Menurut
Bahan Bacaan Mekanis ( 2013 ) yang diperoleh pada April 25, 2014 daripada https://www.google.com/search?q=bahan+bacaan+mekanis&oq=bahan+bacaan+mekanis&aqs=chrome..69i57j69i59l2j69i60l3.3252j0j7&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8Bacaan
mekanis ialah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan
betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan
yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah
difahami dan tidak membebankan fikiran. Pembacaan secara senyap ini sebenarnya
dating daripada hati. Hal ini bermakna, kegiatan membaca ini melibatkan ingatan
visualm dan pengikhtirafan mata dan juga ingatan seseorang pembaca. Fungsi
utama membaca mengikut jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan
pemahaman yang sejajar dengan mesej yang disampaikan dalam teks. Jika
dibandingkan dengan jenis membaca secara nyaring. Mmembaca dalam hati atau (
silence reading ) ini lebih ekonomis dan boleh dilaksanakan di mana – mana
sahaja.
Din
Senu ( 2013 ) melalui blognya yang bertajuk Bahasa Melayu OUM, yang diperoleh
pada April 24, 2014 daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-
Biasanya, membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu
membaca insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Oleh itu, bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang
disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa
mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan
bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti
nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan
senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan
kecekapan bacaan bersuara.
3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)
Menurut
Bahan Bacaan Mekanis ( 2013 ) yang diperoleh pada April 25, 2014 daripada https://www.google.com/search?q=bahan+bacaan+mekanis&oq=bahan+bacaan+mekanis&aqs=chrome..69i57j69i59l2j69i60l3.3252j0j7&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8 bacaan bertujuan untuk
memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami, dan mentafsir bahan yang
dibaca. Penekanan aspek tatabahasa, pembentukan dan penggunaan kata, pemakaian
bahasa dalam konteks yang berlainan. Bimbingan dan bantuan guru sangat
diperlukan dalam jenis bacaan ini. Din Senu ( 2013 ) melalui blognya yang
bertajuk Bahasa Melayu OUM, yang diperoleh pada April 24, 2014 daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-
bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan
secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu
bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah
membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam telaah isi ini, membaca
teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Bacaan
ini bertujuan memperkembangankan kebolehan pembaca dalam penelitian, pemahaman dan
mentafsir bahan bacaan yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi
penekanan terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Bacaan
intensif ini boleh dilaksanakan dengan dua cara, dan salah satunya adalah
membaca dengan pantas. Membaca dengan pantas sebenarnya mampu membentuk suatu
aktiviti pembacaan yang emiliki kelajuan yang tertentu bagi menjimatkan masa.
Namun begitu, membaca laju ini mungkin tidak mampu membantu dalam membentuk
suatu bacaan yang kondusif dan sempurna. Hal ini bermakna membaca jenis ini
mungkin akan membuatkan pembaca kehilangan atau tertinggal nota – nota atau isi
penting dalam bahan bacaannya. Kadar kelajuan membaca sebenarnya boleh
disesuaikan mengikut jenis bahan bacaan, contohnya, komik boleh dibaca dengan
laju, begitu juga novel, namun pembacaan perlu diperlahankan sedikit jika
pembaca sedang mentelaah buku – buku berunsurkan fakta, sains, ilmu geografi
dan sebagainya bagi memastikan maklumat yang terkandung dalam buku tersebut
boleh dicerap.
Ini
kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan
membaca mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan
melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.
Selain
daripada membaca pantas keduannya ialah bacaan imbasan yang juga dikenali
sebagai scanning adalah kegiatan
membaca sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Kebiasaannya sebelum
kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca perlu meneliti bahagian –bahagian buku
atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan gambaran
awal tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca. Membaca
sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar
kata yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat,
memeriksa dan meneliti judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku
pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata,
pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya.
Cara pelaksanaan pembacaan secara intensif :
• Bahan-bahan bacaan intensif boleh dibincangkan
bersama-sama murid di dalam kelas.
• Dibuat analisis dan dijadikan bahan untuk latihan
menulis.
• Murid dibenarkan menggunakan kamus atau buku rujukan
tatabahasa.
• Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari.
• Contoh;
• Hari pertama -
kaji penggunaan imbuhan.
• Hari kedua – latihan perkamusan
• Hari ketiga – latihan meneka maksud mengikut konteks
• Hari keempat – membaca dengan laju
• Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh
dipelbagaikan -
• bentuk objektif
• Bentuk betul salah
• Berbentuk lisan
• Bentuk jawapan bertulis
4. Bahan Bacaan Ekstensif
Menurut
Menurut Bahan Bacaan Mekanis ( 2013 ) yang diperoleh
pada April 25, 2014 daripada https://www.google.com/search?q=bahan+bacaan+mekanis&oq=bahan+bacaan+mekanis&aqs=chrome..69i57j69i59l2j69i60l3.3252j0j7&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8 terdapat deskripsi mengenai bacaan ekstensif iaitu :
• Bacaan ekstensif ialah bacaan luas yang menekankan
aktiviti bacaan di luar kelas ataupun di luar jadual waktu.
• Menekankan
– aspek pengukuhan asas bacaan,
– menambahkan kemahiran memaham dan mena’akul isi
bacaan,
– meningkatkan kepantasan bacaan, mengukuhkan minat
membaca, melatih kemahiran memetik isi-isi penting.
Membaca
ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin
teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca
ekstensif adalah untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia
menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya
melibatkan perkara-perkara yang berikut:
i.
Membaca tinjauan (survey reading)
Membaca
tinjauan (survey reading) dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.
Biasanya, kita akan meneliti apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal
ini mungkin melibatkan kita memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang
terdapat dalam buku-buku tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau
meneliti judul, bab, rangka besar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang
pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya
tinjauan dapat dilakukan
ii.
Membaca sekilas (skimming)
Membaca
sekilas skimming adalah sejenis
kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat,
memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan
penerangan.
iii.
Membaca dangkal (superticial reading)
Skimming
adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan secara sekilas pandang.
Biasanya, melalui proses skimming, mata bergerak dengan cepat, melihat
memerhatikan bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat atau penerangan dengan
serta-merta.
Satu
daripada tujuan membaca sekilas adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada
sesebuah teks yang akan ditelaah. Pembaca mungkin akan melakukannya dengan
jalan meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram,
indeks dan sebagainya. Daripada tindakan begini, pembaca akan mendapat satu
pandangan atau gambaran yang lebih baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan
jangkauan buku tersebut, susunan dan organisasinya.
Membaca
dangkal yang disebutkan juga sebagai superficial
reading adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Bacaan
ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah
kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca.
Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.
Tujuan Membaca Ekstensif :
Menurut
Menurut Bahan Bacaan Mekanis ( 2013 ) yang diperoleh
pada April 25, 2014 daripada https://www.google.com/search?q=bahan+bacaan+mekanis&oq=bahan+bacaan+mekanis&aqs=chrome..69i57j69i59l2j69i60l3.3252j0j7&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8
i.
Membolehkan
murid membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan langsung orang lain.
ii.
Membolehkan
murid membaca dengan lancar dalam bahasa yang dipelajari oleh mereka.
iii.
Membolehkan
murid mendapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati.
iv.
Memperkaya
bahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat, keindahan bahasa.
v.
Memberi peluang
kepada murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan.
vi.
Melatih murid
membina ayat-ayat yang kreatif melalui pembacaan.
vii.
Menambahkan
minat membaca.
viii.
Meningkatkan
minat membaca.
ix.
Membina daya
fikir dan membentuk sikap yang baik dalam kalangan murid.
x.
Meningkatkan
mutu dan kepantasan membaca.
xi.
Memperluas tahap
penguasaan bahasa.
xii.
Membentuk tabiat
gemar membaca.
xiii.
Mengamalkan kebiasaan
membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan.
xiv.
Mendedahkan
murid pada pelbagai laras bahasa.
xv.
Memperkembang
daya kreatif dalam penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi.
5. Bahan Bacaan Rekreasi
Membaca
rekreasi adalah satu lagi bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan
otak yang begitu serius. Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang
dan dilakukan dalam keadaan bersantai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang
terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan
menghiburkan. Lazimnya bahan-bahan yang dibaca ialah komik, cerita-cerita
pendek, informasi tertentu, berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk
pengetahuan yang menyenangkan.
6. Bahan Bacaan Kritis
Menurut
Zifajriah ( 2013 ) dalam Membaca Kritis diperoleh pada April 25, 2014 daripada
http://zifajriah.wordpress.com/2013/02/07/membaca-kritis/embaca menjelaskan
bahawa membaca kritis ialah kegiatan membaca dilakukan dengan bijaksana, penuh
perasaan, mendalam, berevalusi,serta secara analitis dan bukan mencari silap
dalam bahan bacaan tersbeut. Membaca kritis adalah suatu usaha memahami makna
tersirat sebuah bacaan. Membaca kritis adalah bertujuan untuk mengetahui
fakta-fakta yang terdapat dalam bacaan kemudian memberikan penilaian terhadap
fakta itu. Pembaca bukan sahaja mencerap masalah yang ada, tetapi juga bersama
– sama memikirkan masalah yang dibahas oleh penulis. Membaca kritis bererti pembacaan
secara analisis dengan penilaian.
Pembacaan
kritis menuntut pembaca bersikap terbuka terhadap pandangan orang lain. Pembaca
harus memahami perkara yang disampaikan oleh penulis secara tepat, jitu, dan
kritis. Soedarsono mengatakan bahawa membaca kritis (critical reading) adalah
cara membaca dengan melihat motif penulis dan menilainya. Selain itu, membaca
kritis merupakan suatu strategi membaca yang bertujuan untuk mendalami isi
bacaan berdasarkan penilaian yang rasional melalui pemahaman yang lebih
mendalam dengan pemikiran penulis. Membaca kritis meliputi pencarian maklumat
yang lebih mendalam, berupaya untuk mengesan, bukan hanya mengenai keseluruhan isi,
namun pencarian sebab musababpenulis memberi pandangan sedemikian.
a. Teknik
Membaca Kritis
i) Mengerti Isi Bacaan
Mengenali
fakta dan menginterprestasikan apa-apa saja yang dibaca dengan kata lain
mengerti idea pokok, mengetahui fakta penting dan dapat membuat kesimpulan
serta menginterprestasikan idea – idea tersebut. Fakta berguna untuk menambah
informasi sedangkan idea bermanfaat untuk menambah pemahaman. Mendapatkan
informasi bertujuan sekadar mengetahui sesuatu itu fakta sebaliknya pemahaman
bertujuan mengetahui segalanya tentang fakta.
ii) Menguji Sumber Penulis
Pembaca
harus emgetahui kebenarannya sesuatu maklumat misalnya mengetahui bidang
penulis, termasuk uji pandangan, tujuan yang terdapat dalam tulisannya untuk
membezakan apakah tulisan itu fakta atau pendapat.
iii) Interaksi antara Penulis dengan Pembaca
Pembaca
bukan hanya mengetahui maksud penulis, tetapi juga membandingkan pengetahuan
yang dimilikinya dari penulis-penulis lain. Pembaca juga perlu menilai dan
membandingkan isi bacaan dengan pengetahuan yang ada padanya.
iv) Terbuka Terhadap Gagasan Penulis
Pembaca
hendaknya menghargai pendapat yang dikemukakan oleh penulis kemudian pembaca
juga mengevaluasi teknik penulisannya. Akhirnya penulis mempertimbangkan dan
mengujinya alasannya dengan alasan yang logis dan interprestasi yang berdasar.
b. Kegiatan
dalam membaca Kritis
i) Membaca dan berfikir
ii) Membaca dan menganalisis
iii) Membaca dan menilai
c. Karakteristik
Membaca Kritis
i) Berfikir dan bersikap kritis
- Menginterpretasi secara kritis;
- Menganalisis secara kritis;
- Mengorganisasi secara kritis;
- Menilai secara kritis;
- Menerapkan konsep secara kritis.
d.
Langkah-langkah membaca kritis
i. Mengingat dan mengenali isi bacaan
ii. Menginterpretasi makna tersirat
iii. Mengaplikasikan konsep-konsep dalam
bacaan
iv. Menganalisis isi bacaan
vi. Menilai isi bacaan
TIPS MEMBACA =)
Menurut Wikihow ( 2013 ) bertajuk Choose a Good Reading Material yang
diperoleh pada April 23, 2014 daripada http://www.wikihow.com/Choose-a-Good-Reading-Material
menjelaskan terdapat 8 langkah berguna untuk memilih bahan bacaan yang menarik
:
1. Pergi ke kedai buku yang berhampiran dan cari
buku yang memiliki topik yang baik untuk anda baca.
2. Pilih satu maklumat penting atau orang-orang yang
mempunyai topik yang menarik. Contohnya buku Psikologi, novel atau kamus
perubatan .
3. Elakkan memilih topik tidak masuk akal seperti
komik dan Berita Tabloid . Walaupun ia adalah jenis menghiburkan.
4. Pilih topik yang sesuai dengan personaliti anda .
Jika anda seorang peminat ilmu Astronomi, maka anda perlu membaca buku
berkenaan ilmu sedemikian.
5. Cari buku yang boleh menghiburkan hati dan
memberikan maklumat yang berguna kepada anda. Komik adalah salah satu contoh
buku yang menarik sebagai bahan bacaan selingan selain membaca buku – buku yang
berunsurkan fakta semata.
6. Dapatkan nasihat yang baik daripada penggemar
buku. Dengan cara itu , anda boleh mendapat petunjuk mengenai apa yang anda
baca.
7. Layari internet. Mungkin ada buku-buku yang baik
di pasaran yang boleh menarik perhatian anda.
8. Mendaftar sebagai ahli kelab buku dan menyertai
rakan pembaca yang lain untuk berkongsi minat
RUJUKAN
Google
( 2013 ). Bahan Bacaan Mekanis yang
diperoleh pada April 25, 2014 daripada https://www.google.com/search?q=bahan+bacaan+mekanis&oq=bahan+bacaan+mekanis&aqs=chrome..69i57j69i59l2j69i60l3.3252j0j7&sourceid=chrome&es_sm=0&ie=UTF-8
Din
Senu ( 2013 ). Blog Bahasa Melayu OUM.
Diperoleh pada April 24, 2014 daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-
Kamus
Dewan ( 2007 ). Kamus Dewan Edisi Keempat.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Wikihow ( 2013 ). Choose a Good Reading Material. Diperoleh pada April 23, 2014
daripada http://www.wikihow.com/Choose-a-Good-Reading-Material
Zifajriah
( 2013 ). Membaca Kritis. Diperoleh
pada April 25, 2014 daripada http://zifajriah.wordpress.com/2013/02/07/membaca-kritis/embaca
Post a Comment