DEFINISI

Definisi Membaca

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dalam “membaca”, seeloknya kita kenali dahulu apa yang dimaksudkan dengan “membaca”. Berikut merupakan definisi membaca yang dipetik daripada beberapa sumber,

  1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), membaca bermaksud memerhati isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. 
  2. Pemahaman bacaan ialah satu proses strategi bagi pembaca membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan menggunakan kandungan teks dan pengetahuan latar pembaca tersebut. Secara umum, definisi ini juga merupakan definisi membaca kerana membaca juga bermakna memahami atau membina pemahaman (Mahzan Arshad, 2003).
  3. Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan (Goodman, 1973).
  4. Kita belum membaca jika belum memahami (Safiah, 1985).

Post a Comment