PENDEKATAN MENGAJAR MEMBACA

Pendekatan Mengajar Membaca

Kaedah VAK
Gabungan deria penglihatan dan pendengaram dengan tulisan ( kinestatik dan pergerakan ) . Kaedah ini membantu murid dalam melihat, dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah Pelbagai Deria VAKT ( Multi Sensory Reading Method ) :
            Visual –V
            Audio – O
            Kinesthetic – Pergerakan
            Tacticle – Sentuhan
Kaedah ini mengutamakan prinsip rangsangan dalam pembelajarn dan berdiri di atas premis bahawa rangsangan menggunakan deria yang sensitive mengukuhkan pembelajaran.

Langkah Pengajaran :
-          Kaedah ini menggunakan ( tracing ) untuk mengajar bacaan
  • -          Guru Menulis huruf cetak yng besar di atas kertas 4” x 10”
  • -          Muris buat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu.
  • -          Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain – lain.

Penurihan ( tracing )
Melakar dan meniru lukisan asal menggunaka  pensel atau alat yang tajam, kertas surih atau kotak surih. Lihat, sebut, dengar huruf disebut, rasa pergerakan otot semasa menyrih, rasa permukaan huruf dengan jari, lihat pergerakan tangan semasa menyurih, dan dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan. Kaedah ini adalah kaedah asas ekpada model pengajaran membaca daripada Fernald, Gilingham dan lain lagi.

Kaedah Fernald
Berdasarkan Google Presentation ( 2013 ) diperoleh pada April 22, 2014 daripada https://docs.google.com/presentation/d/1m8Y7YPivwhMjkpSUMMRIUtVd-43u7n9WHprPp_ptFIM/edit?pli=1#slide=id.p13 menjelaskan bahawa Fernald G.M. dan Heen, B.K ( 1943, 1988 ) membantu kanak – kanak yang mengalami masalah membaca teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa, dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria ( VAKT ). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran individu.

Peringkat dalam kaedah ini
1. Menyurih dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi
2. Menulis Berdasarkan ingatan perkataan yang diberi
3. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan
4. Belajar melalui perkataan asas ( sight words ) yang terdapat dalam teks.

Kaedah Gillingham
Berdasarkan Google Presentation ( 2013 ) diperoleh pada April 22, 2014 daripada https://docs.google.com/presentation/d/1m8Y7YPivwhMjkpSUMMRIUtVd-43u7n9WHprPp_ptFIM/edit?pli=1#slide=id.p13 menyatakan kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak – kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah – langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun ( minimum ). Kaedah ini menumpukan penstrukturkan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan, ( tracing ) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya. Kaedah ini turut menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf – huruf.

V-A ( Visual –A Auditory )
Perkataan yang tulus dan huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi – bunyi itu.
A-V ( Auditory – Visual )
Bunyi – bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan – akan aktiviti mengeja.
A-K ( Auditory – Kinesthetic )
Bunyi – bunyi dan perkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
K – A ( Kinesthetic – A Auditory )
Tangan murid dibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
V – K ( Visual – Kinesthetic )
Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis .
K – V ( Kinesthetic – Visual )
Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf – huruf.

Langkah 1 :
1. Menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid
2. Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
3. Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya.
Soalan guru “ Apakah bunyi huruf ini?,”

Langkah 2 :
1. Tanpa menggunakan kad latih tubi guru membunyikan mengikut huruf.
Soalan guru :
Berikan nama huruf yang bunyinya [ a ]. Guru menggunakan strategi ejaan lisan.

Langkah 3
1. Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
2. Murid menyurih ikut tulisan guru, mendengar, pandang, dan menyembunyikan huruf itu.
3. Guru mula memperkenalkan tulisan sambung.
4. Setelah murid mahir 10 huruf ( konsonan dan vokal ), mereka mengadun huruf – huruf menjadi perkataan.

Kesimpulan
Keupayaan membaca dalam kalngan kanak – kanak adalah berbeza dan guru hendaklah memberu perhatian terhadap hakikat ini.
Guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang kaedah – kaedah mengajar bacaan semata – mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya.


Kaedah Asas Mengajar Bacaan

 Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca:
·         Pendekatan membina
·         Pendekatan cerakinan

Pendekatan membina

Berdasarkan Slide Share ( 2013 ) berkenaan Kaedah Asas Mengajar diperoleh pada April 22, 2014, daripada http://www.slideshare.net/nadsor/kaedah-asas-mengajar-bacaan menjelaskan bahawa, cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalam mmengajarkan ayat; “Nina ada baju merah’.
-       Perkenalkan huruf              : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
-       Perkenalkan suku kata       : ba, ni, na, ju, rah, me, da
-       Perkenalkan perkataan      : baju, Nina, ada, merah
-       Perkenalkan rangkai kata  : baju merah, Nina ada
-       Perkenalakn ayat                 : Nina ada baju merah.
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.

Pendekatan Cerakinan
Penyataan Slide Share ( 2013 ) berkenaan Kaedah Asas Mengajar diperoleh pada April 22, 2014, daripada http://www.slideshare.net/nadsor/kaedah-asas-mengajar-bacaan cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘Nina ada baju baru’.
-       Perkenalakn ayat                 : Nina ada baju merah.
-       Perkenalkan rangkai kata  : baju merah, Nina ada
-       Perkenalkan perkataan      : baju, Nina, ada, merah
-       Perkenalkan suku kata       : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a
-       Perkenalkan huruf              : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.
Pendekatan Elektik
  • ·Cara elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan cara cerakinan
  • ·Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata
  • ·Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.


Cara Mengajar
Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
Bentuk huruf: Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
            a – ayam                                p – payung                            i - ikan
Bentuk bahasa:
-       Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya;
ba – bakul, bawang, barang
-       Menggunakan warna; a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat).
-       Menggunakan gambar.

Alat mengajar: kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.

RUJUKAN
Slide Share ( 2013 ) berkenaan Kaedah Asas Mengajar diperoleh pada April 22, 2014, daripada http://www.slideshare.net/nadsor/kaedah-asas-mengajar-bacaan


Post a Comment