PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Pemilihan Bahan Bacaan
Berdasarkan
Din Senu ( 2013 ) melalui blognya yang bertajuk Bahasa Melayu OUM, yang
diperoleh pada April 24, 2014 daripada
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-membaca.html
menjelaskan bahawa guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran
membaca yang boleh menarik minat. Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu
semasa wajar diberi keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada
pelajar untuk menguasai pembacaan seterusnya. Tanpa pengetahuan sedia ada,
pelajar akan gagal menguasai kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi
dengan baik.