TENTANG KAMI

PENSYARAH KAMI


DR MAKMUR
PENSYARAH BMK3033 KETERAMPILAN MEMABACA

AHLI KUMPULAN


MOHAMAD RUSDI BIN SAMSUDDIN
D20111047646
ISMP BAHASA MELAYU (SEMESTER 6)


SITI ZULIANI BINTI MUHAMED RAZALI
D20111047399
ISMP KESUSASTERAAN MELAYU (SEMESTER 6)


NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI
D20111047479
ISMP BAHASA MELAYU (SEMESTER 6)

VIDEO



TIPS MENGAJAR ANAK MENGAJAR



TEKNIK MEMBACA CEPAT


MEMBACA ADALAH JAMBATAN ILMU




PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Pemilihan Bahan Bacaan

Berdasarkan Din Senu ( 2013 ) melalui blognya yang bertajuk Bahasa Melayu OUM, yang diperoleh pada April 24, 2014 daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/pengajaran-dan-pembelajaran-membaca.html menjelaskan bahawa guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran membaca yang boleh menarik minat. Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu semasa wajar diberi keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada pelajar untuk menguasai pembacaan seterusnya. Tanpa pengetahuan sedia ada, pelajar akan gagal menguasai kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi dengan baik.

PENDEKATAN MENGAJAR MEMBACA

Pendekatan Mengajar Membaca

Kaedah VAK
Gabungan deria penglihatan dan pendengaram dengan tulisan ( kinestatik dan pergerakan ) . Kaedah ini membantu murid dalam melihat, dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah Pelbagai Deria VAKT ( Multi Sensory Reading Method ) :
            Visual –V
            Audio – O
            Kinesthetic – Pergerakan
            Tacticle – Sentuhan
Kaedah ini mengutamakan prinsip rangsangan dalam pembelajarn dan berdiri di atas premis bahawa rangsangan menggunakan deria yang sensitive mengukuhkan pembelajaran.

MASALAH MEMBACA



Masalah Membaca

Menurut Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi Membaca Berkesan, menjelaskan bahawa, membaca adalah proses yang banyak dilalui oleh pelajar semasa mereka menuntut di institusi pengajian tinggi. Namun begitu terdapatnya kesukaran dalam proses membaca terutamanya yang melibatkan usaha untuk memahami teks dan mesej yang penulis cuba sampaikan dalam sesuatu teks tersebut. Kemampuan memahami dan keupayaan membaca ini boleh terganggu juga berkait rapat dengan pengalaman seseorang, latar belakang bahan yang dibaca, bahasa yang sukar difahami jenis dan kepanjangan suatu petikan itu berdasarkan penyatan Carrell ( 1992 ) ( dalam Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi Membaca Berkesan ). Antara masalah yang dihadapi pembaca untuk membaca suatu teks menurut Kid dan Grene ( 2002 ) ( dalam Yahya Othman ( 2008 : 9 ) dalam bukunya yang bertajuk Proses dan Strategi Membaca Berkesan ) iaitu berkenaan dengan kesedaran fonemik, analisis perkataan, kelancaran, perbendaharaan kata, dan pemahaman.

KEMAHIRAN MEMBACA

Belajar Membaca

Semua perkara yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya adalah bermula daripada belajar. Hal ini jelas terbukti kerana pada peringkat awal perkembangan manusia iaitu ketika bayi lagi, kita telah diasuh, dilatih dan dididik dalam pelbagai perkara termasuklah tingkah laku dan bercakap. Membaca juga memerlukan latihan untuk menjadikan seseorang itu mahir dan mengenal huruf. Jadi, setiap manusia perlu belajar membaca supaya dirinya pandai membaca. Biasanya kita akan diajar membaca semasa awal kanak-kanak lagi kerana pada peringkat inilah minda dan diri kita mudah untuk dibentuk. Namun di sini ingin ditegaskan bahawa tidak semestinya orang yang sudah pandai membaca tidak perlu belajar membaca lagi kerana untuk menjadi mahir dalam membaca, seseorang tu perlu belajar.

TEORI MEMBACA

Teori membaca

Terdapat beberapa teori membaca yang dapat memudahkan para pembaca lebih memahami dalam proses membaca. Terdapat beberapa teori membaca yang boleh digunakan sebagai panduan pembaca. Antaranya ialah;

DEFINISI

Definisi Membaca

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dalam “membaca”, seeloknya kita kenali dahulu apa yang dimaksudkan dengan “membaca”. Berikut merupakan definisi membaca yang dipetik daripada beberapa sumber,